PIAGAM
MADINAH
Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi
Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan
perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kandungan piagam ini terdiri daripada
47 fasal.
23 fasal piagam tersebut membicarakan
tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan
Muhajirin.
24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat
bukan Islam iaitu Yahudi.
Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian
Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam
Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya
membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk
sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang
bangsa atau kaum.
Perangkaan
Piagam Madinah
Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam
Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madinah, beliau telah mengikut
bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu.
Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam
Madinah.
Langkah
pertama
Dilakukan oleh Rasulullah dengan
mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat
Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.
Langkah
kedua
Mengikat tali persaudaraan antara kaum
Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum
Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
Langkah
ketiga
Mengadakan perjanjian dengan orang
Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
Berdasarkan
langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai
piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:
Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua
negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk
kepada baginda.
Semua penduduk Madinah ditegah
bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka
hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
Semua penduduk Madinah bebas mengamal
adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
Semua penduduk Madinah hendaklah
bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan
oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
Keselamatan orang Yahudi adalah
terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam
tersebut,
-SUMBER DARI WEB-
Piagam ini dibuat oleh Nabi
Junjungan Kita, Nabi Muhamad S.A.W, saya rasa itulah contoh terbaik yg patut
kita contohi... dan jika kita lihat kembali asal usul penubuhan
"kerajaan" di dunia, adalah bertujuan untuk memberi kemudahan,
keselamatan, keamanan, kepada seluruh penduduk/rakyat yang berada didalamnya...
pendek kata, kerajaan harus memberi SERVIS kepada rakyat...pada pendapat
saya, negara kita Malaysia nie dah cukup
semuanya, dalam konteks individu, iaitu
saya sendiri, kerajaan telah membantu
saya sejak saya di dalam kandungan lagi,
sehingga saya lahir, membesar, belajar, bekerja sehingga kini... saya
rasa BERSYUKUR kerana saya diberikan SERVIS yang saya rasakan adalah terbaik
oleh kerajaan Malaysia.
Jika saya hendak bandingkan
dengan kerajaan2 negara yang sempat saya
lawati, saya merasakan amat BERTUAH berada di bumi Malaysia yg sangat saya
cintai ini. Apa yg saya tidak faham ialah, rakyat Malaysia masih lagi MERUNGUT...kenapa??
dan hati saya terdetik, apa yg tak kena??
Jawapan nya, saya dapat apabila apabila saya membaca salah sebuah buku
"International Marketing",antara isinya ialah , manusia mempunyai
KEPERLUAN dan KEHENDAK, keperluan adalah apa yg diperlukan dalam hidup, untuk
teruskan kehidupan dan kehendak adalah sesuatu yg diperlukan LEBIH dari
keperluan, dan dalam konteks Malaysia KINI pihak kerajaan telah menjalankan
tanggung jawabnya sebagai kerajaan dengan menyediakan keperluan2 rakyat malahan
lebih dari itu... dan rakyat pula bukan saja mahukan KEPERLUAN, malahan mahu
KEHENDAK mereka juga dipenuhi oleh kerajaan.
Semua ini berlaku adalah dari
HASUTAN, hasutan utk meminta LEBIH dari kerajaan supaya kerajaan dilihat TIDAK
MAMPU menyediakan kehendak rakyat yg dinamakan KEPERLUAN oleh Si Penghasut.
Negara kita kini sedang di SERANG tanpa kita sedari, kita diserang dari segi
ideologi, pemahaman, sosial,
ekonomi, politik, persepsi dan psikologi. Yang paling membimbangkan
adalah psikologi dan ideology. Kerana ianya boleh merubah serta membentuk masa
depan negara.
Dengan kemajuan
teknologi, maklumat disampaikan dengan
pantas, dan semua org mahu menjadi
"org pertama" yg menyampaikan berita tanpa merujuk berita tersebut
adalah betul atau tidak dan ini telah menjadikan teknologi ini satu gelombang
"FITNAH" yg maha hebat. (Bertapa mudahnya manusia akhir zaman
mendapat dosa)
Saya terbaca tulisan Tun Daim
dalam bukunya, "Daim The Man Behind The Enigma" org Melayu khasnya
mudah ditipu/diperdayakan dengan persepsi...sebelum merdeka, kebanyakan org melayu hanya belajar di
sekolah2 Melayu disebabkan mereka TAKUT
menghantar anak2 mereka ke sekolah Inggeris kerana bimbang akan terpengaruh
dengan ajaran kristian. Hakikatnya,
persepsi ini dimainkan oleh org Inggeris supaya org melayu tidak
mendapat pendidikan dan ini melambatkan proses kemerdekaan yg mereka juga tahu
pasti akan berlaku.
Begitu juga kita kini, kita
di momok kan bahawa kerajaan tidak menyediakan KEPERLUAN yang sepatutnya
disediakan oleh kerajaan padahal, apa yang diminta itu merupakan KEHENDAK.
Dalam soal ini, mungkin ini
merupakan salah pemimpin kita terdahulu, pemimpin kita dahulu terlalu takut
bangsanya ditindas sehinggakan diberi KEHENDAK yang melampau-lampau, terutama
apabila Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1972.
Sama ada kita sedar atau
tidak, Malaysia kini sedang berada dlm bibit2 perang saudara. Perlakuan org
politik yg tidak MATANG dan tidak bertanggung jawab dalam mengeluarkan
kenyataan2 dan hasutan demi kepentingan politik masing2. Apa yg tidak kita
sedari, menjatuhkan pemimpin secara kekerasan akan mengakibatkan
"lahirnya" rakyat yang akan sentiasa "tidak berpuashati"
dan akan mengakibatkan ketidakstabilan politik.
Kita boleh lihat apa terjadi
kepada negera-negara yang telah menjatuhkan kerajaan secara paksa/rampasan
kuasa/tunjuk perasaan, sebagai contohnya , Mesir, Syria, Iraq, dan Afghanistan.
Setelah bertahun tahun Negara ini masih lagi tidak stabil dari segi politik dan
keamanan, kerana rakyat mereka berfikiran, jika mana- mana kerajaan baru yang
berkuasa dan mereka tidak berpuashati dengan polisi yang di jalankan, JATUHKAN
kerajaan tersebut. Dan perkara ini akan berterusan kerana tiada kerajaan di
dunia yang dapat memuaskan hati semua rakyatnya.
Dalam konteks belia, saya
merasa bimbang dengan masa depan belia-belia kita yang semakin berfikiran
ekstremis dan emosional dalam menangani isu. Mereka lebih suka berdemontrasi,
tunjuk perasaan, memaki hamun dan memfitnah diantara satu sama lain demi
menjayakan misi serta matlamat politik sempit mereka. Di tambah pula dengan
sikap pemimpin politik yang hanya mementingkan diri mereka dengan menggalakkan
belia melakukan perkara- perkara yang ekstreme tanpa melihat kesan jangka
panjang terhadap komuniti belia Negara.
Pada mereka, pemimpin mereka
haruslah orang yang boleh membawa mereka ke jalanan, ekstreme, pernah
dipenjarakan, dan pemimpin begini akan dianggap “hero” kerana bagi mereka, tolenransi
adalah jalan terakhir untuk mencapai matlamat, kerana tolenransi akan
menguntungkan pihak lawan.
Pada pemerhatian saya,
golongan belia kini keliru dalam menilai “Perjuangan”, saya juga orang muda,
saya faham apa yang dialami oleh orang muda pada masa kini, jiwa mereka ingin
berjuang, membela nasib agama, bangsa dan Negara. Tetapi kebanyakan dari mereka
ini SILAP, silap memilih pemimpin atau “Mentor” dalam perjuangan.
Pemimpin politik yang tidak
bertanggung jawap ini , menggunakan semangat anak-anak muda ini untuk mencapai
cita-cita politik, saya teringat bacaan saya semasa membaca buku “Burhanuddin
Al-Helmy, Suatu Kemelut Politik”. Di dalam buku tersebut penulis menceritakan
bahawa Burhanuddin pernah bergaduh dengan bilal di Kampungnya di Taiping kerana
bersikap kurang ajar kerana burhanuddin pada ketika itu yang baru pulang dari
timur tengah telah menegur tentang hukum solat, kerana pada pandangan beliau
penduduk kampung nya telah melakukan kesilapan dalam hukum solat.
Mufti Perak pada ketika itu,
telah memanggil burhanuddin ke Kuala Kangsar dan menasihati beiau untuk
meninggalkan kampung, dari situlah Dr. Burhanuddin berhijrah ke Singapura dan
akhirnya berjumpa dengan Ibrahim Hj Yaacob serta terlibat dengan gerakan
Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bersekongkol dengan Jepun untuk masuk ke Malaya
pada ketika itu.
Iktibar yang dapat diambil
disini adalah, keganasan, paksaan, makian, dan pemberontakan bukanlah jalan
penyelesaian yang akan berakhir dengan baik. Seperti kes diatas, kita semua
tahu, bahawa Dr. Burhanuddin berada di pihak yang benar, tetapi cara dan
tingkah lakunya semasa menegur kesalahan itu yang menyebabkan orang yang
ditegur itu tidak boleh menerimanya, dan akhirnya menjadi dendam.
Saya tidak mahu, hal – hal begini
berlaku pada belia-belia kita, terutamanya di Negeri Perlis. Negeri ini
perlukan belia-belia yang cerdik pandai ini untuk tinggal dan menabur banti di
negeri kelahiran mereka. Jika kita melihat kini, kepimpinan belia semakin
kurang berkualiti di sebabkan oleh ketandusan pemimpin, kerana mereka tidak
diberi peluang.
Mereka tidak diberi peluang
hata untuk terlibat dalam kepimpinan peringkat kampung atau cawangan sekalipun,
pemimpin kita terlalu bersikat jumut dengan melihat mereka ini sebagai ancaman.
Saya menyeru kepada seluruh kepimpinan belia mahupun politik untuk memberi
peluang dan ruang kepada belia- belia negeri Perlis. JANGAN LIHAT KAMI SEBAGAI
ANCAMAN…LIHATLAH KAMI SEBAGAI MASA DEPAN.
Sekian.
NOOR HAIRI BIN NOOR MOHAMEED
Yang Dipertua
Majlis Belia Negeri Perlis