Thursday 10 March 2016

Masaalah Belia/Orang Muda di Perlis Dari Sudut Pandangan Saya



1) Masaalah kekurangan pekerjaan.
Boleh dilihat di sebelah sempadan, atau lebih tepat di Kg. Kolam dan Kg.Melayu, DUN Titi Tinggi  boleh dikatakan kebanyakan dari belia disana bekerja sebagai penyeludup atau pekerjaan yg berkaitan dengan aktiviti penyeludupan, akibat dari kekurangan pekerjaan. Dikawasan - kawasan lain, jalan penyelesaian kepada belia-belia Perlis yg tiada pekerjaan ialah, mencari pekerjaan diluar. Itu belum dikira belia -belia Perlis yang mempunyai pendidikan tinggi,  terutamanya peringkat sarjana ke atas, tersangat kurang peluang yang ada di Negeri Perlis. Adalah amat rugi jika bijak pandai yg dilahirkan di perlis tidak dapat menyumbang kepada negeri tanah tumpah mereka. Akibat utama jika ini terus berlaku ialah,  kepimpinan  belia di semua peringkat akan semakin tidak berkualiti, dan tidak mustahil jika suatu hari nanti tiada lagi kepimpinan belia di negeri yang kita cintai ini.

2) Masalah Ketum
- Masalah ini adalah masaalah yang sangat kritikal dan Mohon kepada pihak yang berkenaan ambil tindakan yg drastik,  dalam pemantauan saya, sekurang - kurangnya,  30% dari keseluruhan belia - belia negeri Perlis adalah "penagih" air ketum,  ini hakikat. Dan sy semakin kuatir apabila, aktiviti ini dilakukan secara terang terangan, seolah-olah ianya sesuatu yg tiada salahnya.

3) Belia Anti Sosial

Generasi Y dan kebawah adalah golongan yang paling ramai alami gejala  anti sosial, ini mungkin kerana situasi / zaman yang berubah dengan lambakan gajet elektronik, alam maya yang lebih menarik (pada pandangan mereka) dan program2 sosial yang stereotypes serta membosankan. Generasi ini merupakan generasi yang paling banyak dilambakkan dengan maklumat, terutama maklumat yg diperolehi dari alam maya,  dan malangnya,  kebanyakan maklumat tersebut adalah tidak benar,  jadi mereka semakin keliru dengan semua yg berlaku disekeliling mereka... jadi jalan mudah yg diambil ialah tidak mempedulikan apa yg berlaku disekeliling Dan hanya hidup dalam dunia mereka send iri. impact dari situasi ini,  akan melahirkan belia yg kurang daya saing,  lemah ketahanan mental dan kurang EQ nya.

4) Sifat Memberontak dalam diri Belia (darah muda )

Isu ini adalah antara masaalah anak muda yg saya rasa adalah yg paling bahaya. Apa  yang saya perhatikan ialah anak muda kini membuat satu tanda aras baru dalam "memilih" pemimpin, iaitu,  pemimpin yang paling banyak memberontak,  melakukan keganasan, melontarkan isu2 sensitive, seperti perkauman,  memenuhi kreteria mereka sebagai "pemimpin" dan dianggap "hero".
Perubahan pemikiran ini mungkin disebabkan kerana, infomasi2 yang diperolehi dari alam maya yg langsung tidak ditapis dan merosakkan pemikiran anak muda kita kini.Keadaan ini jika dibiarkan secara berterusan boleh melahirkan generasi kepimpinan "pemberontak". Mereka tidak mahu lagi pemimpin yang " bersih" dari segi moral, agama dan sosial,  bagi mereka, itu tidak penting,  yang penting "pemimpin" perlu lah seorang yang memenuhi segala kehendak mereka dan memenuhi "kreteria" seorang pemimpin acuan mereka.


NOOR HAIRI BIN NOOR MOHAMEED
Yang Dipertua
Majlis Belia Negeri Perlis


No comments:

Post a Comment