Thursday 10 March 2016

Masaalah Belia/Orang Muda di Perlis Dari Sudut Pandangan Saya



1) Masaalah kekurangan pekerjaan.
Boleh dilihat di sebelah sempadan, atau lebih tepat di Kg. Kolam dan Kg.Melayu, DUN Titi Tinggi  boleh dikatakan kebanyakan dari belia disana bekerja sebagai penyeludup atau pekerjaan yg berkaitan dengan aktiviti penyeludupan, akibat dari kekurangan pekerjaan. Dikawasan - kawasan lain, jalan penyelesaian kepada belia-belia Perlis yg tiada pekerjaan ialah, mencari pekerjaan diluar. Itu belum dikira belia -belia Perlis yang mempunyai pendidikan tinggi,  terutamanya peringkat sarjana ke atas, tersangat kurang peluang yang ada di Negeri Perlis. Adalah amat rugi jika bijak pandai yg dilahirkan di perlis tidak dapat menyumbang kepada negeri tanah tumpah mereka. Akibat utama jika ini terus berlaku ialah,  kepimpinan  belia di semua peringkat akan semakin tidak berkualiti, dan tidak mustahil jika suatu hari nanti tiada lagi kepimpinan belia di negeri yang kita cintai ini.

2) Masalah Ketum
- Masalah ini adalah masaalah yang sangat kritikal dan Mohon kepada pihak yang berkenaan ambil tindakan yg drastik,  dalam pemantauan saya, sekurang - kurangnya,  30% dari keseluruhan belia - belia negeri Perlis adalah "penagih" air ketum,  ini hakikat. Dan sy semakin kuatir apabila, aktiviti ini dilakukan secara terang terangan, seolah-olah ianya sesuatu yg tiada salahnya.

3) Belia Anti Sosial

Generasi Y dan kebawah adalah golongan yang paling ramai alami gejala  anti sosial, ini mungkin kerana situasi / zaman yang berubah dengan lambakan gajet elektronik, alam maya yang lebih menarik (pada pandangan mereka) dan program2 sosial yang stereotypes serta membosankan. Generasi ini merupakan generasi yang paling banyak dilambakkan dengan maklumat, terutama maklumat yg diperolehi dari alam maya,  dan malangnya,  kebanyakan maklumat tersebut adalah tidak benar,  jadi mereka semakin keliru dengan semua yg berlaku disekeliling mereka... jadi jalan mudah yg diambil ialah tidak mempedulikan apa yg berlaku disekeliling Dan hanya hidup dalam dunia mereka send iri. impact dari situasi ini,  akan melahirkan belia yg kurang daya saing,  lemah ketahanan mental dan kurang EQ nya.

4) Sifat Memberontak dalam diri Belia (darah muda )

Isu ini adalah antara masaalah anak muda yg saya rasa adalah yg paling bahaya. Apa  yang saya perhatikan ialah anak muda kini membuat satu tanda aras baru dalam "memilih" pemimpin, iaitu,  pemimpin yang paling banyak memberontak,  melakukan keganasan, melontarkan isu2 sensitive, seperti perkauman,  memenuhi kreteria mereka sebagai "pemimpin" dan dianggap "hero".
Perubahan pemikiran ini mungkin disebabkan kerana, infomasi2 yang diperolehi dari alam maya yg langsung tidak ditapis dan merosakkan pemikiran anak muda kita kini.Keadaan ini jika dibiarkan secara berterusan boleh melahirkan generasi kepimpinan "pemberontak". Mereka tidak mahu lagi pemimpin yang " bersih" dari segi moral, agama dan sosial,  bagi mereka, itu tidak penting,  yang penting "pemimpin" perlu lah seorang yang memenuhi segala kehendak mereka dan memenuhi "kreteria" seorang pemimpin acuan mereka.


NOOR HAIRI BIN NOOR MOHAMEED
Yang Dipertua
Majlis Belia Negeri Perlis


Tuesday 8 March 2016

PIAGAM MADINAH, POLITIK MALAYSIA DAN BELIA


PIAGAM MADINAH
Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.

Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.

Perangkaan Piagam Madinah

Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.
Langkah pertama
Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.
Langkah kedua
Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
Langkah ketiga
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

-SUMBER DARI  WEB-

Piagam ini dibuat oleh Nabi Junjungan Kita, Nabi Muhamad S.A.W, saya rasa itulah contoh terbaik yg patut kita contohi... dan jika kita lihat kembali asal usul penubuhan "kerajaan" di dunia, adalah bertujuan untuk memberi kemudahan, keselamatan, keamanan, kepada seluruh penduduk/rakyat yang berada didalamnya... pendek kata, kerajaan harus memberi SERVIS kepada rakyat...pada pendapat saya,  negara kita Malaysia nie dah cukup semuanya,  dalam konteks individu, iaitu saya sendiri,  kerajaan telah membantu saya sejak saya di dalam kandungan lagi,  sehingga saya lahir, membesar, belajar, bekerja sehingga kini... saya rasa BERSYUKUR kerana saya diberikan SERVIS yang saya rasakan adalah terbaik oleh kerajaan Malaysia.

Jika saya hendak bandingkan dengan kerajaan2 negara yang sempat  saya lawati, saya merasakan amat BERTUAH berada di bumi Malaysia yg sangat saya cintai ini. Apa yg saya tidak faham ialah, rakyat Malaysia masih lagi MERUNGUT...kenapa?? dan hati saya terdetik, apa yg tak kena??  

Jawapan nya, saya dapat apabila apabila saya membaca salah sebuah buku "International Marketing",antara isinya ialah , manusia mempunyai KEPERLUAN dan KEHENDAK, keperluan adalah apa yg diperlukan dalam hidup, untuk teruskan kehidupan dan kehendak adalah sesuatu yg diperlukan LEBIH dari keperluan, dan dalam konteks Malaysia KINI pihak kerajaan telah menjalankan tanggung jawabnya sebagai kerajaan dengan menyediakan keperluan2 rakyat malahan lebih dari itu... dan rakyat pula bukan saja mahukan KEPERLUAN, malahan mahu KEHENDAK mereka juga dipenuhi oleh kerajaan.

Semua ini berlaku adalah dari HASUTAN, hasutan utk meminta LEBIH dari kerajaan supaya kerajaan dilihat TIDAK MAMPU menyediakan kehendak rakyat yg dinamakan KEPERLUAN oleh Si Penghasut. Negara kita kini sedang di SERANG tanpa kita sedari, kita diserang dari segi ideologi,  pemahaman,  sosial,  ekonomi, politik, persepsi dan psikologi. Yang paling membimbangkan adalah psikologi dan ideology. Kerana ianya boleh merubah serta membentuk masa depan negara.

Dengan kemajuan teknologi,  maklumat disampaikan dengan pantas,  dan semua org mahu menjadi "org pertama" yg menyampaikan berita tanpa merujuk berita tersebut adalah betul atau tidak dan ini telah menjadikan teknologi ini satu gelombang "FITNAH" yg maha hebat. (Bertapa mudahnya manusia akhir zaman mendapat dosa)

Saya terbaca tulisan Tun Daim dalam bukunya, "Daim The Man Behind The Enigma" org Melayu khasnya mudah ditipu/diperdayakan dengan persepsi...sebelum merdeka,  kebanyakan org melayu hanya belajar di sekolah2 Melayu disebabkan  mereka TAKUT menghantar anak2 mereka ke sekolah Inggeris kerana bimbang akan terpengaruh dengan ajaran kristian. Hakikatnya,  persepsi ini dimainkan oleh org Inggeris supaya org melayu tidak mendapat pendidikan dan ini melambatkan proses kemerdekaan yg mereka juga tahu pasti akan berlaku.

Begitu juga kita kini, kita di momok kan bahawa kerajaan tidak menyediakan KEPERLUAN yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan padahal, apa yang diminta itu merupakan KEHENDAK.
Dalam soal ini, mungkin ini merupakan salah pemimpin kita terdahulu, pemimpin kita dahulu terlalu takut bangsanya ditindas sehinggakan diberi KEHENDAK yang melampau-lampau, terutama apabila Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1972.

Sama ada kita sedar atau tidak, Malaysia kini sedang berada dlm bibit2 perang saudara. Perlakuan org politik yg tidak MATANG dan tidak bertanggung jawab dalam mengeluarkan kenyataan2 dan hasutan demi kepentingan politik masing2. Apa yg tidak kita sedari, menjatuhkan pemimpin secara kekerasan akan mengakibatkan "lahirnya" rakyat yang akan sentiasa "tidak berpuashati" dan akan mengakibatkan ketidakstabilan politik.

Kita boleh lihat apa terjadi kepada negera-negara yang telah menjatuhkan kerajaan secara paksa/rampasan kuasa/tunjuk perasaan, sebagai contohnya , Mesir, Syria, Iraq, dan Afghanistan. Setelah bertahun tahun Negara ini masih lagi tidak stabil dari segi politik dan keamanan, kerana rakyat mereka berfikiran, jika mana- mana kerajaan baru yang berkuasa dan mereka tidak berpuashati dengan polisi yang di jalankan, JATUHKAN kerajaan tersebut. Dan perkara ini akan berterusan kerana tiada kerajaan di dunia yang dapat memuaskan hati semua rakyatnya.

Dalam konteks belia, saya merasa bimbang dengan masa depan belia-belia kita yang semakin berfikiran ekstremis dan emosional dalam menangani isu. Mereka lebih suka berdemontrasi, tunjuk perasaan, memaki hamun dan memfitnah diantara satu sama lain demi menjayakan misi serta matlamat politik sempit mereka. Di tambah pula dengan sikap pemimpin politik yang hanya mementingkan diri mereka dengan menggalakkan belia melakukan perkara- perkara yang ekstreme tanpa melihat kesan jangka panjang terhadap komuniti belia Negara.

Pada mereka, pemimpin mereka haruslah orang yang boleh membawa mereka ke jalanan, ekstreme, pernah dipenjarakan, dan pemimpin begini akan dianggap “hero” kerana bagi mereka, tolenransi adalah jalan terakhir untuk mencapai matlamat, kerana tolenransi akan menguntungkan pihak lawan.
Pada pemerhatian saya, golongan belia kini keliru dalam menilai “Perjuangan”, saya juga orang muda, saya faham apa yang dialami oleh orang muda pada masa kini, jiwa mereka ingin berjuang, membela nasib agama, bangsa dan Negara. Tetapi kebanyakan dari mereka ini SILAP, silap memilih pemimpin atau “Mentor” dalam perjuangan.

Pemimpin politik yang tidak bertanggung jawap ini , menggunakan semangat anak-anak muda ini untuk mencapai cita-cita politik, saya teringat bacaan saya semasa membaca buku “Burhanuddin Al-Helmy, Suatu Kemelut Politik”. Di dalam buku tersebut penulis menceritakan bahawa Burhanuddin pernah bergaduh dengan bilal di Kampungnya di Taiping kerana bersikap kurang ajar kerana burhanuddin pada ketika itu yang baru pulang dari timur tengah telah menegur tentang hukum solat, kerana pada pandangan beliau penduduk kampung nya telah melakukan kesilapan dalam hukum solat.
Mufti Perak pada ketika itu, telah memanggil burhanuddin ke Kuala Kangsar dan menasihati beiau untuk meninggalkan kampung, dari situlah Dr. Burhanuddin berhijrah ke Singapura dan akhirnya berjumpa dengan Ibrahim Hj Yaacob serta terlibat dengan gerakan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bersekongkol dengan Jepun untuk masuk ke Malaya pada ketika itu.

Iktibar yang dapat diambil disini adalah, keganasan, paksaan, makian, dan pemberontakan bukanlah jalan penyelesaian yang akan berakhir dengan baik. Seperti kes diatas, kita semua tahu, bahawa Dr. Burhanuddin berada di pihak yang benar, tetapi cara dan tingkah lakunya semasa menegur kesalahan itu yang menyebabkan orang yang ditegur itu tidak boleh menerimanya, dan akhirnya menjadi dendam.

Saya tidak mahu, hal – hal begini berlaku pada belia-belia kita, terutamanya di Negeri Perlis. Negeri ini perlukan belia-belia yang cerdik pandai ini untuk tinggal dan menabur banti di negeri kelahiran mereka. Jika kita melihat kini, kepimpinan belia semakin kurang berkualiti di sebabkan oleh ketandusan pemimpin, kerana mereka tidak diberi peluang.

Mereka tidak diberi peluang hata untuk terlibat dalam kepimpinan peringkat kampung atau cawangan sekalipun, pemimpin kita terlalu bersikat jumut dengan melihat mereka ini sebagai ancaman. Saya menyeru kepada seluruh kepimpinan belia mahupun politik untuk memberi peluang dan ruang kepada belia- belia negeri Perlis. JANGAN LIHAT KAMI SEBAGAI ANCAMAN…LIHATLAH KAMI SEBAGAI MASA DEPAN.
Sekian.

NOOR HAIRI BIN NOOR MOHAMEED
Yang Dipertua
Majlis Belia Negeri Perlis